JURNAL

MINGGU 1

Pada minggu ini, kami  telah didedahkan tentang aspek subjek CFT1063 Asas Multimedia oleh En. Syukran Kamarulzzaman dimana subjek ini terdiri daripada ; 
v  3 jam kredit
v  120 jam masa belajar
v  14 kali syarahan/kelas
v  28 jam tutorial
v  42 jam studio
v  36 jam pembelajaran secara sendiri. 

Subjek ini dikaitkan dengan;
v  Perkara Asas Studio.
v  Rekabentuk dan pembangunan proses dalam produk Multimedia.
v  Transformasi atau memanipulasi elemen di dalam multimedia.

Terdapat beberapa kategori dalam subjek ini seperti;
v  Animasi( Animation)
v  Perkataan ( Words)
v  Video   
v  Audio
v  Gambar ( Picture )
v  Grafik ( Graphics )
v  Media Interaktif ( Interactive Media )

Melalui subjek ini kami dapati bahawa ;
v  Mengenalapasti/menghuraikan dan menganalisis konsep asas di dalam subjek ini
v  Demonstrasi/memanipulasi teknologi komputer dalam penghasilan karya yang lebih baik
v  Menyiapkan produksi projek di dalam kumpulan dengan kualiti yang terbaik pada projek terakhir.

Akhir sekali, kami  diminta untuk memilih projek samada dalam bentuk berikut;
v  CDI - CD Interactive
v  Mobile Apps     

MINGGU 2

Kelas dibatalkan. Kelas ini ditunda ke minggu ketiga pada tarikh 5/10/2013.

MINGGU 3
Hari: Isnin
Tarikh: 30/09/2013
Jam : 1:00 Petang

Kami  telah didedahkan tentang elemen-elemen Multimedia dan Web secara lebih mendalam.


Hari: Rabu,
Tarikh: 02/10/2013
Jam: 8.00 Malam

Pengajaran bermula dengan cara untuk menggunakan Power Point secara lebih kreatif dan mudah. Kami diajar dengan menggunakan kaedah 'hyperlink'.
Selain itu, kami telah didedahkan dengan menggunakan software Adobe Flash iaitu tentang asas dalam penggunaan software ini dengan cara menggunakan Classic Tween.


Hari: Sabtu,
Tarikh: 5/10/2013

Kelas yang ditunda pada hari itu (minngu 2) telah diganti pada hari ini. Kami telah mempelajari tentang Flash dengan cara yang lebih jauh dengan menggunakan elemen Motion Tween dan Shape Tween.

MINGGU 4
Otw mempelajari Adobe Flash secara lebih mendalam seperti membuat bentuk seperti bulat( bola ) dan menganimasikannya seperti lantunan bola menggunakan Motion Tween.

MINGGU 5
Pada minggu ini, kami mempelajari cara-cara untuk membuat Loading Box menggunakan Adobe Flash.
Dengan menggunakan Shape, kami membentuk sebuah loading box yang mampu bergerak dari 0-100%.

MINGGU 6
Pada minggu ini kelas dibatalkan. Setelah berbincang sesama ahli kumpulan, kami sebulat suara memilih tajuk  WAWASAN 2020 sebagai tajuk utama bagi CDI kami.

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.


Matlamat utama
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:

  • Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
  • Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
  • Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
  • Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
  • Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  • Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
  • Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
  • Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
  • Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

MINGGU 7

Kelas pada minggu ini dibatalkan.

Tugasan Kami : Mencari bahan-bahan untuk dimuatkan di dalam CDI kami dan mempelajari dengan Adobe Flash secara lebih terperinci dengan menonton tutorial melalui Youtube.com

MINGGU 8

Pada minggu ini, kami mempelajari tentang cara-cara membuat POP-UP di dalam Adobe Flash. Pop-up ini boleh dibuat menggunakan Shape bagi menerangkan secara lebih terperinci tentang sesuatu subjek.

Thumbnail Pop-Up

MINGGU 9

Pada minggu ke 9 , kami telah mengulangi pelajaran tentang teknik ataupun cara-cara menggunakan aplikasi di dalam Adobe Flash untuk projek akhir CDI kami yang bertajuk Wawasan 2020.

Antara aspek-aspek yang telah diajari oleh En. Syukran ialah;

  • Button
  • Motion
  • Pop-up
  • Symbol
  • Dll 

MINGGU 10

Seterusnya, pada minggu ini kami telah mempelajari cara-cara untuk menggunakan Coding di dalam Adobe Flash yang ditunjuk ajar oleh En. Syukran.

Antara coding yang kami telah pelajari bagi menghidupkan fungsi button itu terdiri daripada button untuk ;


  • Actions
  • Timeline Navigation
  • Audio and Video
  • Dll
Cth Coding ;


stop();

Object(this).intro.addEventListener(MouseEvent.CLICK, goIntro);

function goIntro(event:MouseEvent):void
{
 gotoAndPlay(1, "Intro");
}

Object(this).history.addEventListener(MouseEvent.CLICK, goHistory);

function goHistory(event:MouseEvent):void
{
 gotoAndPlay(1, "History");
}

Object(this).gallery.addEventListener(MouseEvent.CLICK, goGallery);

function goGallery(event:MouseEvent):void
{
 gotoAndPlay(1, "Gallery");
}

MINGGU 11

Pada minggu ini, kami semua memulakan kelas dengan mengulangkaji semula latihan-latihan di dalam Adobe Flash yang telah ditunjuk ajar oleh En. Syukran bagi memastikan dan melengkapkan CDI kami tanpa sebarang masalah.

Antara elemen-elemen yang telah kami perbaiki ialah:
·         Memperbaiki montaj agar kelihatan lebih baik
·         Memastikan coding dalam arahan yang betul.
·         Memperbaiki ‘button’ untuk aplikasi CDI kami
 Dll.

MINGGU 12

Minggu ke 12 dimulakan dengan pembelajaran di dalam Adobe Flash bagi memasukkan sesuatu video bagi karya CDI kami. Pembelajaran ini amat bermanfaat untuk pengetahuan kami.



MINGGU 13 & 14

Kelas tidak diadakan bagi menyiapkan segala tugasan CDI kami. Kami diminta untuk berjumpa dengan En. Syukran jika ada sebarang masalah berkaitan dengan CDI yang kami perlu siapkan. Progress CDI perlu ditunjukkan bagi memudahkan En. Syukran untuk melakukan pemarkahan. Minggu ini kami perlu menyiapkan segala tugasan berkaitan CDI kami. 



No comments:

Post a Comment